284 jemaah haji kumpulan kedua selamat berlepas

284 jemaah haji kumpulan kedua selamat berlepas

SEKITAR suasana pelepasan bakal jemaah haji KT03 di MHCC malam tadi - FB TABUNG HAJI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seramai 284 bakal jemaah haji penerbangan kumpulan ketiga (KT03) selamat berlepas ke Tanah Suci pada pukul 12.45 malam tadi. 

Perkara itu dimaklumkan Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) dalam satu hantaran di laman Facebook, rasminya. 

“Turut menyantuni para jemaah haji pada malam ini (semalam) adalah anggota Lembaga, Datin Kartini Abdul Manaf dan Ketua Pegawai Modal Insan, Rina Sarif di balai berlepas Movenpick Hotel and Convention Centre (MHCC). 

“Semoga para jemaah haji kita selamat sampai dan selamat pulang,” katanya. 

Jemaah haji KT03 adalah sebahagian daripada 14,306 individu yang bakal menjadi tetamu Allah mengikut ketetapan kuota rasmi Malaysia bagi musim haji 1443H/2022M.

Dalam pada itu, seramai 592 jemaah haji yang merupakan kumpulan penerbangan pertama dan kedua selamat berlepas ke Tanah Suci sejak Sabtu lalu.  – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN