229 individu terlibat dadah ditahan di lapan PPR 

229 individu terlibat dadah ditahan di lapan PPR 

AZMI ABU KASSIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seramai 229 individu ditahan polis dipercayai terlibat pelbagai kesalahan dadah dalam serbuan di lapan Projek Perumahan Rakyat (PPR) di sekitar ibu negara dan Putrajaya.

Serbuan Op Tapis Khas dengan kerjasama Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) bermula 21 hingga 23 Jun itu menyasarkan PPR yang menjadi sarang penagihan dan pengedaran.

Operasi dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kuala Lumpur dengan  itu berjaya menahan 229 individu atas pelbagai kesalahan.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim berkata,  pihaknya menyerbu PPR Desa Tun Razak, PPR Pantai Dalam, PPR Desa Rejang, PPR Sungai Bonus, PPR Intan Baiduri, Flat Seri Terengganu, sekitar kawasan Chow Kit dan Putrajaya.

Katanya, daripada jumlah individu yang ditahan, seramai 11 orang diambil tindakan mengikut undang-undang pencegahan dadah (Akta Dadah Berbahaya Langkah-Langkah Pencegahan Khas 1985).

“Selain itu, 21 individu diambil tindakan mengambil dadah berulang (Seksyen 39c Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952) dan 10 individu kerana dikehendaki mengikut pelbagai kesalahan.

“Lanjutan daripada Ops Tapis Khas, JSJN turut melancarkan Op Igor dan berjaya menumpaskan sindiket pengedaran yang didalangi lelaki tempatan di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Azmi berkata, polis menahan tiga individu berusia 24 hingga 31 tahun dan merampas dadah jenis ganja seberat 17.3 kg yang dianggarkan bernilai RM 43,200.

“Nilai keseluruhan sitaan dan rampasan termasuk kenderaan serta barang kemas adalah bernilai RM162,750.

“Semua suspek direman antara satu hingga lima hari bermula kelmarin sehingga 28 Jun ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B ADB 1952,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya