XPDC anjur dua showcase, ubati kerinduan peminat - Utusan Malaysia

XPDC anjur dua showcase, ubati kerinduan peminat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kumpulan rock legenda tanah air, XPDC Peng Yu bakal menganjurkan dua showcase istimewa pada 14 dan 28 Mei nanti.

Dianggotai Mael, Zuar, Amy dan gitaris baharunya, Jeff, kumpulan tersebut mengetengahkan konsep persembahan santai.

Menurut Mael, keputusan untuk menganjurkan persembahan ini adalah untuk mengubati kerinduan peminat mereka selepas menempuhi tempoh Covid-19 sejak dua tahun lalu.

Muncul dengan nama XPDC Rockin@Waronk Melaka, showcase pertama itu akan berlangsung di Waronk Avenue, Melaka.

Dalam pada itu, penonton yang hadir diberi peluang untuk menikmati hidangan makanan yang disediakan sambil menyaksikan persembahan.

Menurut Mael lagi, showcase kedua yang akan berlangsung pada 28 Mei nanti akan menemui penonton dengan konsep ‘Metal & Dine’ di Warisan Hall Sijangkang.

Katanya, pada persembahan kedua itu penonton yang hadir bakal disajikan dengan lagu-lagu legenda XPDC daripada album terkenal seperti Darjah Satu, Timur Barat, Kita Peng Yu dan Brutal sambil menikmati hidangan makanan.

Meletakkan harapan agar peminat mereka dapat hadir memberi sokongan, kumpulan rock legenda ini juga sekali gus mahu membuktikan muzik mereka masih mendapat tempat di hati peminat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya