Warga emas rugi RM4,000, terpedaya penipuan bungkusan - Utusan Malaysia

Warga emas rugi RM4,000, terpedaya penipuan bungkusan

pelajar
HOO CHANG HOOK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JEMPOL: Seorang warga emas kerugian kira-kira RM4,000 selepas terpedaya dengan penipuan bungkusan (parcel scam) menerusi kenalan Facebook.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook berkata, pada 2 Mei lalu, mangsa yang juga seorang pesara iaitu lelaki berusia 62 tahun melayari Facebook dan berkenalan dengan individu bernama Jeniffer.

Mangsa kemudian berhubung dengan individu terbabit menerusi aplikasi WhatsApp.

Menurut Chang Hook, individu terbabit kemudian memberitahu berasal dari Yaman dan ingin datang ke Malaysia.

“Selepas beberapa hari berkenalan, individu berkenaan memberitahu ingin menghantar wang sebanyak AS$450,000 dalam bentuk bungkusan.

“Kemudian pada 5 Mei lalu, mangsa menerima mesej WhatsApp menerusi nombor 019-6546501 yang meminta mangsa membuat pembayaran sebanyak RM4,000 sebagai pembayaran barang tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Chang Hook berkata, pada pukul 1 petang semasa berada di sebuah bank, mangsa memasukkan wang sebanyak RM4,000 ke akaun atas penama Wan Salbiah Wan Ab Rahman.

Mangsa kemudiannya diminta untuk memasukkan lagi wang sebanyak RM15,000 namun tidak berbuat demikian kerana sedar telah ditipu.

“Mangsa membuat laporan di Balai Polis Bahau semalam bagi tindakan selanjutnya. Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan siasatan diteruskan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN