Warga emas OKU dilaporkan hilang sejak kelmarin

Warga emas OKU dilaporkan hilang sejak kelmarin

ABDUL Halim Bachek dilaporkan hilang sejak pagi kelmarin selepas tidak pulang ke rumahnya di Taman Clonlee, Tampin.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAMPIN: Polis meminta bantuan orang ramai bagi mengesan seorang warga emas lelaki orang kurang upaya (OKU) yang dilaporkan hilang di daerah ini sejak kelmarin.

Ketua Polis Daerah Tampin, Superintenden Anuwal Ab. Wahab berkata, warga emas OKU tersebut, Abdul Halim Bachek, 60, itu, telah keluar dari rumah di Taman Clonlee di sini, sejak pukul 7 pagi kelmarin dan didapati tidak pulang ke rumah sehingga ke hari ini.

Menurut beliau, adik lelaki warga emas berkenaan telah cuba mencari abangnya itu namun tidak berhasil.

“Ciri-ciri fizikal warga emas berkenaan yang paling ketara ialah empat jari kaki sebelah kirinya telah dipotong sakit kencing manis,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Anuwal berkata, difahamkan Abdul Halim kali terakhir dilihat memakai baju kemeja kotak hijau.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai warga emas berkenaan boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tampin di talian 06-4431999 atau 06-4411222 selain boleh menghubungi balai polis berhampiran.

“Operasi mencari warga emas berkenaan di kawasan Tampin dan Rembau masih diteruskan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya