Warga emas hina institusi diraja Pahang dikesan - Utusan Malaysia

Warga emas hina institusi diraja Pahang dikesan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang warga emas sedang dikesan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi membantu siasatan kes penyiaran artikel mengandungi kenyataan berunsur fitnah serta penghinaan terhadap institusi diraja Pahang.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Abdul Jalil Hassan berkata, lelaki yang dikenali sebagai Hussein Abd Hamid, 75, dikehendaki bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 (1) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai penama ini diminta menghubungi Ketua Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Superintenden Junainah M Kasbolah atau Pegawai Penyiasat, Inspektor M Jagachandran di talian 03-22666071,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya