Wang simpanan RM60,000 pesara lesap ditipu Macau Scam

Wang simpanan RM60,000 pesara lesap ditipu Macau Scam

AHMAD ADNAN BASRI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TELUK INTAN: Seorang pesara berusia 72 tahun kerugian RM60,000 selepas diperdaya sindiket Macau Scam yang menyamar sebagai pekerja Pos Malaysia dan pegawai polis.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, kejadian berlaku selepas lelaki warga emas itu menerima panggilan telefon daripada individu tidak dikenali yang memperkenal diri dari Pos Malaysia pada 11 Mei lalu.

Katanya, individu terbabit mendakwa mangsa mempunyai bungkusan tidak dituntut mengandungi kad pengenalan, kad mesin pengeluaran wang automatik (ATM) dan cek atas namanya.

“Mangsa bagaimanapun tidak mengaku barang tersebut miliknya sebelum talian telefon disambung ke Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah kononnya terdapat barang terlarang dalam bungkusan itu.

“Mangsa dituduh terlibat dengan pengubahan wang haram dan kes dadah sebelum diminta menyerahkan butiran akaun miliknya bagi mengelakkan wang simpanannya dibekukan Bank Negara,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, selepas menyerahkan butiran akaun bank kepada individu terbabit, mangsa diminta memindahkan wang simpanannya ke akaun bank lain yang diberikan suspek.

Katanya, mangsa membuat pindahan wang masing-masing RM30,000 kepada dua akaun pada 19 dan 20 Mei lalu.

“Mangsa yang menyedari telah ditipu membuat laporan polis semalam pada pukul 3.55 petang. Siasatan kes tersebut dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

“Orang ramai diingatkan tidak mudah percaya atau melayani panggilan telefon daripada nombor tidak dikenali bagi mengelakkan terpedaya sindiket Macau Scam,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya