Van sekolah dipandu lawan arus disiasat

Van sekolah dipandu lawan arus disiasat

TANGKAP layar video menunjukkan sebuah van sekolah dipandu secara berbahaya dan melawan arus di Jalan Lumut-Sitiawan. - FOTO/MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LUMUT: Polis membuka kertas siasatan terhadap kejadian van sekolah yang dipandu melawan arus di Jalan Lumut-Sitiawan dan tular dalam media sosial TikTok semalam.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi berkata, kira-kira pukul 6 petang semalam, polis mengesan satu video berdurasi 19 saat menunjukkan sebuah van sekolah dipandu secara merbahaya dan melawan arus dimuat naik oleh pemilik akaun TikTok bernama Blackkhppo_7.

“Pada pukul 8.20 malam tadi, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung berjaya mengesan pemandu van tersebut yang berusia 74 tahun dan membawanya beserta kenderaan terlibat ke IPD Manjung.

“Hasil siasatan mendapati kejadian berlaku di Jalan Lumut-Sitiawan kira-kira pukul 7.15 malam pada Rabu lalu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Nor Omar, ketika kejadian van itu membawa lapan pelajar berusia 13 dan 14 tahun dalam perjalanan dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tok Perdana, Sitiawan, ke rumah masing-masing.

Jelas beliau, lelaki warga emas itu mengaku memandu van tersebut dan berbuat demikian kerana dalam keadaan tergesa-gesa hendak menghantar semua pelajar tersebut pulang ke rumah.

Nor Omar berkata, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 bagi kesalahan memandu secara melulu dan membahayakan.

Sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara maksimum lima tahun dan denda sehingga RM15,000 selain hilang kelayakan lesen memandu selama lima tahun dari tarikh sabitan.

“Polis memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian itu agar menghubungi Bilik Gerakan IPD Manjung di talian 05-6886222 atau mana-mana balai polis terdekat untuk membantu siasatan.

“Kami juga meminta pengguna jalan raya agar sentiasa berhati-hati dan mematuhi peraturan serta undang-undang jalan raya bagi menjamin keselamatan pengguna jalan raya lain serta mengelak berlaku kemalangan,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya