Tiga penjaja jeruk lampu isyarat warga Indonesia dicekup

Tiga penjaja jeruk lampu isyarat warga Indonesia dicekup

TIGA lelaki warganegara Indonesia yang ditahan di bawah Akta Imigresen selepas menjaja di lampu isyarat sekitar Bandar Baru Uda, Johor. 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Tiga lelaki warga asing yang menjalankan aktiviti jualan buah jeruk dan mangga di persimpangan lampu isyarat di sekitar Bandar Baru Uda, di sini ditahan polis dalam satu operasi yang dijalankan di kawasan berkenaan, hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Johor, Superintenden M. Kumarasan berkata, mereka yang ditahan berusia antara 26 hingga 40 tahun.

Menurut beliau, siasatan dibuat mendapati suspek bukan sahaja menyimpan barangan jualan mereka di dalam longkang, tetapi di belakang kedai haiwan peliharaan.

“Operasi itu dijalankan ekoran maklumat awam yang diterimayang mana sepasukan pegawai dan anggota polis serta Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) telah menjalankan Op Bersepadu Khas Penjaja Jalanan di kawasan berkenaan.

“Hasil operasi dijalankan tmenahan tiga lelaki warga Indonesia sedang rancak menjaja dengan mengharapkan simpati daripada pengguna jalan raya di persimpangan jalan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Tambah beliau, MBJB telah merampas 12 kotak putih yang mengandungi 50 balang buah dengan anggaran 400 biji buah jeruk jenis mangga dan jambu.

“Tangkapan dibawa balik ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Utara untuk tindakan lanjut atas kesalahan di bawah Akta Imigresen,” ujarnya.

Tambah Kumarasan, berdasarkan statistik dan data yang diperolehi, segelintir penjaja masih tegar dan berani menjalankan aktiviti perniagaan walaupun polis kerap menjalankan operasi. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN