Tiga air terjun terkenal diabadikan dalam setem khas

Tiga air terjun terkenal diabadikan dalam setem khas

TANGKAP layar setem khas yang bertemakan Air Terjun di Malaysia terbitan terbaharu oleh Pos Malaysia Berhad.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Tiga lokasi air terjun terkenal di Malaysia yang sering menjadi antara destinasi tumpuan percutian kini diabadikan khusus oleh Pos Malaysia Berhad dalam bentuk setem.

Menurut hantaran agensi tersebut menerusi laman sosialnya, inisiatif yang dilancarkan di seluruh negara baru-baru ini menawarkan koleksi filateli bertemakan ‘Air Terjun di Malaysia’.

Antara ditawarkan ialah Lata Kinjang yang terletak di Chenderiang, Perak dan merupakan air terjun tertinggi di Malaysia dengan jarak 200 meter serta dijual pada nilai 50 sen sekeping.

Tidak ketinggalan ialah Air Terjun Tawai di Hutan Simpan Tawai, Daerah Telupid, Bahagian Sandakan, Sabah dengan ketinggiannya 95 meter yang dijual pada nilai 60 sen sekeping.

Turut ditawarkan ialah Air Terjun Kubah di Taman Negara Kubah tidak jauh dari Kuching, Sarawak dengan jeram yang berketinggian 450 meter dan dijual pada nilai 90 sen sekeping.

Kesemua imej air terjun ini dipaparkan secara foto digital dengan set folder yang lengkap termasuk satu sampul surat hari pertama dan lembaran dijual pada harga hanya RM48.50.

Para peminat filateli turut akan menerima tiga helaian setem berbeza dengan denominasi masing-masing 50 sen, 60 sen dan 90 sen yang setiap satu mengandungi 20 keping setem.

Mereka yang berminat boleh mendapatkannya di kesemua pejabat pos besar di setiap ibu negeri selain membelinya daripada sejumlah 94 cawangan Biro Filateli Pos Malaysia Berhad. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya