KUALA LUMPUR: Isu bayaran lambat oleh syarikat produksi terhadap pelakon sekali lagi menjadi kebimbangan apabila ia semakin disuarakan di media sosial.
Terbaharu pelakon Dayang Adreeda di Thread memberitahu turut berdepan isu sama.
Dayang atau nama sebenarnya Dayang Adreeda Datu Abdul Razak malah menggugut untuk mendedahkan perkara itu di media sosial jika bayaran masih tidak dilunaskan.
“Bayaraan penggambaran tak dapat lagi. Kalau nak viral kan bolehkah?” Katanya ringkas.
Kenyataan pelakon drama Kekasih Paksa Rela itu diaambut pelakon lama, Ungku Ismail yang turut mengalami situasi sama.
Ungku memaklumkan beliau bukan sahaja berhadapan kelewatan bayaran, malah syarikat produksi bertindak membisu apabila ditanya mengenainya.
”Viral kan sahajalah adik. Abang pun sudah naik semak dengan perangai sekarang lewat dan membisu tak bayar,” kongsinya.
Dalam pada itu, pelakon Adam Shahz yang meninggalkan komen dalam perkongsian itu menyarankan agar menularkan syarikat itu.
”Wajib viral. Asyik kena macam ini, memang tak maju-majulah industri,” kongsinya.-UTUSAN










