Tiada halangan Yusof Yaacob kembali ke pangkuan UMNO

Tiada halangan Yusof Yaacob kembali ke pangkuan UMNO

BUNG Moktar Radin (kiri) menerima cenderamata daripada Yusof Yaacob (kanan) semasa Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri ADUN Sindumin di Sipitang semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SIPITANG: Kemasukan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sindumin, Datuk Dr. Yusof Yaacob ke dalam UMNO tidak mendapat sebarang tentangan daripada pemimpin UMNO Sabah.

Berdasarkan polisi UMNO, mereka sentiasa terbuka untuk menerima sesiapa sahaja sama ada bekas ahli parti itu mahupun mereka yang baharu hendak menyertai UMNO.

Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, semalam UMNO Sabah secara rasmi menerima kemasukan Yusof yang merupakan bekas Ketua Penerangan Parti Warisan (Warisan) bersama lima bekas ketua penerangan bahagian Warisan.

Bung Moktar berkata demikian semasa mengesahkan kemasukan Yusof, yang juga bekas Ketua Penerangan Warisan itu ke dalam UMNO semalam.

“Kita akan memastikan mereka ini dapat memainkan peranan membantu memperkukuhkan UMNO pada masa akan datang,” katanya semasa menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri ADUN Sindumin.

Bung Moktar, yang juga Timbalan Ketua Menteri itu berkata, sudah menjadi polisi UMNO Sabah mengamalkan dasar buka pintu kepada mana-mana pihak yang ingin menyertai parti tersebut.

Jadi, tidak timbul sebarang pertikaian untuk menerima mana-mana bekas pemimpin UMNO untuk kembali semula menyertai parti itu.

“Parti ini perlu digembeling secara bersama kerana UMNO tidak boleh hidup jika bersendirian. Kita akan lebih kuat apabila kita buka pintu.

“Saya telah menjelajah rumah terbuka pemimpin-pemimpin UMNO-BN. Kita lihat orang ramai hadir tanpa perlu diundang bagi memberi sokongan padu kepada UMNO-BN,” katanya.

Menurut beliau, sentimen itu dapat membantu UMNO-BN pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Sebelum ini, Yusof meninggalkan UMNO untuk menyertai Warisan dan bertindak keluar daripada Warisan pada 8 Oktober tahun lalu bagi menjadi ADUN Bebas. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya