Sultan Perak perkenan permohonan Afifi letak jawatan 

Sultan Perak perkenan permohonan Afifi letak jawatan 

SULTAN NAZRIN MUIZZUDDIN SHAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menerima permohonan meletak jawatan Datuk Dr. Afifi Al-Akiti yang menyandang gelaran Orang Kaya Kaya Imam Paduka Tuan.

Setiausaha Dewan Negara Perak, Datuk Seri Ayop Hashim berkata, Sultan Perak berkenan menerima peletakan jawatan Afifi itu yang dikuatkuasakan hari ini.

Menurut Ayob, Afifi yang menyandang gelaran Orang Kaya Kaya Imam Paduka Tuan, Orang Besar Delapan Negeri Perak dan Ahli Rasmi Dewan Negara Perak telah mengutus warkah tersebut bertarikh hari ini memohon perkenan Sultan Nazrin untuk berundur diri daripada penyandang gelaran Orang Kaya Kaya Imam Paduka Tuan.

DR. AFIFI AL-AKITI

Menurutnya, warkah tersebut telah diangkat sembah untuk pertimbangan Sultan Perak.

“Baginda menzahirkan penghargaan atas segala khidmat yang diberikan Dr. Afifi dalam tempoh menyandang gelaran Orang Kaya Kaya Imam Paduka Tuan dan berkenan menerima permohonan tersebut untuk dikuatkuasakan 15 Mei,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu, dalam salinan surat permohonan meletakan jawatan Afifi yang dilampirkan dalam kenyataan akhbar tersebut, surat berkenaan bertarikh hari ini dan  Afifi memohon meletak jawatan berikutan sejak dua minggu berlaku penularan bahan-bahan tertentu dalam media sosial bertujuan mencemar nama beliau.

Menurut Afifi, beliau memilih tidak mahu mengulas atau memberikan sebarang jawapan yang boleh mencetuskan berlaku perdebatan berpanjangan yang tidak memberi sebarang manfaat.

Katanya, bahan-bahan yang ditularkan juga kelihatan mempersoalkan kesesuaian peranannya dengan institusi agama dan mempertikaikan peranannya dengan urusan hal ehwal agama Islam.

“Menginsafi perkara ini jika berlarutan dan tidak dibendung akan menjejaskan darjat kemuliaan raja pemerintah dan institusi agama, saya mengutuskan warkah  untuk menyampaikan hasrat ikhlas mahu berundur diri daripada penyandang gelaran Orang Kaya Kaya Imam Paduka Tuan.

“Keputusan ini saya lakukan atas rasa tanggungjawab dan sifat taat setia seorang rakyat kepada sultannya demi melindungi darjat kemuliaan Paduka Seri Sultan Perak tidak dicacatkan begitu juga untuk mengelak institusi agama daripada dicemari,” katanya.

Sebelum ini, sebuah portal melaporkan tular dalam media sosial video kelibat seorang lelaki yang didakwa merupakan seorang tokoh agama agama yang juga dikatakan penasihat dalam Majlis Raja-Raja Hal Ehwal Islam berada di sebuah kelab malam.

Memetik laporan itu, seorang pengguna media sosial yang menggunakan akaun Zaharin Mohd Yassin berkongsi video membabitkan individu terbabit sejak 2 Mei lalu.

Video berdurasi tiga minit 24 saat itu menampilkan visual dari sudut tepi imej seorang lelaki yang tidak jelas wajahnya dengan memakai topi yang diapit oleh dua orang wanita di kiri dan kanannya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya