'Sudah tiada pilihan, didik bahasa Melayu dengan kuasa'

‘Sudah tiada pilihan, didik bahasa Melayu dengan kuasa’

MOHD. RIDHUAN TEE ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan sudah tiada pilihan lagi selain daripada menguatkuasakan penggunaan bahasa Melayu melalui pindaan Akta Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) 1959.

Pendakwah bebas, Prof. Dr. Mohd. Ridhuan Tee Abdullah berkata, pindaan itu amat penting kerana entiti seperti sekolah vernakular masih enggan memartabatkan bahasa Melayu dengan sewajarnya.

“Sekolah vernakular adalah sekolah kerajaan dan ia dibantu oleh kerajaan, mereka sepatutnya menerima arahan Kementerian Pendidikan termasuk memperkasakan bahasa Melayu.

“Tetapi sehingga ke hari ini kerajaan gagal menyekolahkan sekolah ini, apabila bahasa Melayu hanya diajar 180 minit seminggu.

“Kementerian Pendidikan minta naikkan 240 minit seminggu, mereka kata tak boleh sebab dia akan melibatkan keseluruhan subjek bahasa Cina, akibatnya orang Cina tidak dapat menguasai bahasa Cina sepenuhnya seperti mana orang Cina di China.

“Ini yang disebut pembinaan negara dalam negara, sekurang-kurangnya kalau kita tidak menerima asimilasi, kononnya kita menerima integrasi, keluar teori kesepaduan sosial, kononnya bertemu di kedai mamak seolah-olah perpaduan berlaku. Berlakukah interaksi di situ, berlakukah penggunaan bahasa Melayu di situ? Tidak ada,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai panel dalam sidang 9: Bahasa Melayu dan Pembinaan Negara sempena Simposium Pengantarabangsaan Bahasa Melayu.

Katanya lagi, selagi Akta DBP tidak dipinda, selagi itu bahasa Melayu tidak boleh berkembang sepenuhnya kepada semua kaum.

“Dalam membina negara, jati diri, kuasa perlu digunakan sepenuhnya. Mana ada kempen dekat dunia ini kempen bahasa kebangsaan, sepatutnya sudah jadi darah daging rakyat, apabila jadi bahasa kebangsaan mesti dikuasai tanpa berkecuali.

“Buatlah apa sahaja jalan, kalau ditakdirkan DBP diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri, jalankan tanggungjawab…daripada letak bawah Kementerian Pendidikan, tak pergi ke mana.

“Kalau nak bina negara, tidak ada cara lain melainkan mendidik dengan kuasa, bahasa perlu dididik dengan undang-undang seperti Thailand dan Indonesia, mesti asimilasi dengan bahasa negara,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya