Sihir: Individu mohon maaf dengan Ustaz Kazim

Sihir: Individu mohon maaf dengan Ustaz Kazim

USTAZ Kazim Elias
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA KANGSAR: Penceramah bebas, Datuk Kazim Elias berkata, seorang individu pernah datang dan memohon maaf kepadanya ketika beliau menghidap penyakit misteri dipercayai disihir.

Kazim atau lebih dikenali Ustaz Kazim berkata, individu itu mengaku menjadi orang suruhan kepada pihak yang menyihirnya sehingga beliau menghidap masalah kesihatan dan malu berhadapan dengan orang ramai.

Bagaimanapun, katanya, beliau tidak bertanya kepada individu yang memohon maaf tersebut mengenai siapa melakukan perbuatan syirik itu terhadapnya.

“Semasa saya sakit, ada orang datang jumpa saya minta maaf dan dia kata dia hanya disuruh buat benda-benda itu, saya maafkan dia.

“Tetapi saya tidak tanya kepada dia siapa yang suruh dia buat benda itu kerana saya tidak mahu apabila saya jumpa orang itu, saya nak marah kepadanya,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Beliau ditemui selepas program Forum Perdana Hal Ehwal Islam di Dewan Jubli Kuala Kangsar di sini semalam.

Berkenan berangkat ke majlis berkenaan ialah Sultan Perak, Sultan Muizzuddin Nazrin Shah diiringi Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim.

Yang hadir sama Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Suaidi Abdul Rahim.


SULTAN Nazrin Muizzuddin Shah berbual dengan Kazim Elias pada Forum Perdana Hal Ehwal Islam di Dewan Jubli di Kuala Kangsar, Perak. – UTUSAN/MOHAMAD HAFIZI MOHD. SAID

Kazim berkata, selain individu yang tampil memohon maaf secara peribadi kepada beliau, terdapat juga beberapa pengamal perubatan alternatif yang memberitahu siapa yang menyihirnya.

Namun,beliau tidak mempedulikan perkara berkenaan kerana tidak mahu membuat sebarang tuduhan dan lebih mementingkan kesembuhan penyakitnya.

“Saya tidak akan tuduh orang ini buat, orang itu buat sebab berdosa dan saya lebih mementingkan kesembuhan saya dengan izin Allah,” katanya.

Menurut beliau, penyakit yang dihadapinya itu menjadikan dirinya malu bertemu dengan orang ramai dan mengalami tekanan.

Katanya, beliau terpaksa hidup dalam kepura-puraan apabila wajahnya terpaksa di tatarias untuk menutup kesan disihir.

“Saya rasa apa mereka buat ini menjadikan saya tidak boleh berdepan dengan khalayak dan saya tidak mahu perkara itu berlaku.

“Saya kena lawan dan kena sihat sebab kerja-kerja dakwah masih panjang, masih ramai perlukan dakwah. Saya mohon doa semua rakyat Malaysia agar saya diberikan kesembuhan,” katanya.

KERATAN laporan akhbar Utusan Malaysia semalam.

Terdahulu, Kazim dalam dua hantaran berasingan dalam media sosial miliknya memohon bantuan orang ramai yang boleh mengubati penyakit dialaminya.

Hantaran berkenaan menerima pelbagai reaksi daripada netizen yang mendoakan kesembuhan beliau selain ada yang menawar diri untuk membantu.

Ketika siaran langsung di Facebook kelmarin, Ustaz Kazim berkata, beliau akan mencari individu di Thailand yang dipercayai mengenakan sihir kepada beliau seperti didakwa sesetengah pihak sebelum ini. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.