Shariffuddin juarai Kejohanan Golf KIA-PGM

Shariffuddin, Mirabel juarai Kejohanan Golf KIA-PGM

SHAHRIFFUDDIN Ariffin dan Mirabel Ting bersama piala masing-masing selepas menjuarai Kejohanan Golf KIA-PGM di Glenmarie Golf, Hotel & Resort, Petaling Jaya, Selangor, hari ini. - FOTOZ/IHSAN PGM  
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemain golf profesional negara, Shahriffuddin Ariffin muncul juara Kejohanan Golf KIA-PGM di Glenmarie Golf, Hotel & Resort, di sini hari ini.

Kemenangan pemain berasal di Melaka ini mengekalkan kejuaraan golf PGM yang dimenanginya pada edisi kedua yang berlangsung di Saujana Golf & Country Club, Subang pada Mac lalu.

Kejohanan hari kedua yang bersambung awal pagi ini selepas terhenti akibat hujan lebat dan pusingan terakhir hari ini bagaimanapun tidak mengganggu rentak cemerlang Shahriffuddin untuk membenam tiga birdie bagi mengumpul 10 di bawah par keseluruhan.

Mengekori rapat Shahriffuddin sebagai Naib Juara ialah pemain amatur dan juga pemenang pingat emas Sukan SEA di Vietnam, Ervin Chang dengan sembilan di bawah par, ketinggalan satu pukulan di belakang Shahriffuddin. 

Tempat ketiga menjadi milik Paul San dengan pukulan keseluruhan 7 bawah par dan Khor Kheng Hwai di tangga keempat dengan enam di bawah par, sementara Nicholas Fung terpaksa berpuas hati di tangga kelima selepas berjaya mengumpul lima di bawah par.

Bagi kategori wanita pula menyaksikan pemain amatur, Mirabel Ting mengejutkan pemain perfesional wanita selepas muncul juara dengan 10 di bawah par keseluruhan, diikuti Dianne Luke dengan tujuh di bawah par dan Aretha Pan dua di atas  par. Sementara Ainil Johari Bakar gagal melakar rekod cemerlang selepas mencatat lapan pukulan di atas par keseluruhan kejohanan.

Pengurus Besar Jelajah PGM, Nik Mustapha Nik Mohamed berkata Jelajah PGM yang disambung selepas cuti yang lama pasti mempunyai perasaan teruja semasa aksi pembukaan.

“Saya teruja kerana terdapat permainan yang baik bagi kategori lelaki dan wanita, dan adalah baik untuk melihat pemain amatur juga bermain dengan baik,” katanya tentang kejohanan yang membawa hadiah wang RM120,000 untuk lelaki, dan RM20,000 untuk wanita. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya