RM2.58 juta tambah baik kemudahan perikanan Beluran

RM2.58 juta tambah baik kemudahan perikanan Beluran

RONALD Kiandee (tiga kiri) menyerahkan cek replika ESHN bagi kawasan Beluran di Pulau Jambongan, Beluran hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RM2.58 juta tambah baik kemudahan perikanan Beluran

Oleh SURAIDAH ROSLAN

BELURAN: Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MAFI) menyerahkan cek replika sejumlah RM2.58 juta bagi membantu menambah baik kemudahan infrastruktur perikanan dan pemberian elaun nelayan di daerah ini.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee berkata, pemberian cek replika itu bagi melaksanakan projek naik taraf Jeti Kampung Bahanan, projek bina baru Jeti Kampung Jambongan Hujung dan Elaun Sara Hidup Nelayan (ESHN) Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Beluran.

Beliau berkata, itu antara komitmen kementerian bagi menyediakan kemudahan infrastruktur perikanan yang lengkap.

Ahli Parlimen Beluran itu turut menyampaikan ESHN secara tunai kepada 61 orang nelayan berdaftar di bawah PNK Beluran yang melibatkan peruntukan sebanyak RM17,300.

“Dalam menambah baik pengurusan nelayan, satu PNK baharu akan diwujudkan di kawasan Sugut untuk menangani kawasan yang luas ini supaya perkhidmatan yang diberi boleh membela nasib nelayan persisir pantai dari Jambongan hingga ke Sugut,” katanya semasa Majlis Penyerahan ESHN dan sambutan Hari Raya Aidilfitri Nelayan Pulau Jambongan di Dewan Bahanan, Pulau Jambongan, hari ini.

Hadir sama ialah Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan (ADUN) Labuk, Samad Jambri, Ketua Pengarah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Yusuf Othman; Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah PNK Beluran, Rahman Uting dan Pengerusi Persatuan Nelayan Kebangsaan (Nekmat) Abdul Hamid Bahari.

Di samping itu katanya, MAFI turut memperuntukkan sebanyak RM500,000 di bawah program Bantuan Touch Point Enjin Sangkut kepada 50 ahli PNK Beluran dan hari ini empat penerima Pulau Jambongan menerima bantuan tersebut dengan peruntukan RM10,000 bagi setiap seorang.

Menurut Ronald, jabatan dan agensi persekutuan dan negeri di bawah MAFI, kerajaan terus prihatin pada rakyat melalui pelaksanaan pelbagai program yang memberi manfaat kepada semua lapisan masyarakat termasuk nelayan.

“Seperti yang saya umumkan sebelum ini, kita akan membangunkan dua mini kilang ais di Paitan dan Beluran bagi kemudahan nelayan mendapatkan bekalan ais. Ia juga akan memberi perkhidmatan penyimpanan hasil tangkapan perikanan dan pemasaran ikan.

“Saya sedang berbincang dengan agensi lain di MAFI untuk membangunkan ekonomi luar bandar secara berterusan melalui program-program seperti ini,” katanya.

Jelas beliau, diharap pemberian ESHN berjumlah RM300 yang diberikan setiap bulan kepada nelayan berdaftar itu akan memberi manfaat kepada 35,000 nelayan seluruh negara.- UTUSAN

Ends.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya