Rafizi, Saifuddin perlu bantu satu sama lain - Utusan Malaysia

Rafizi, Saifuddin perlu bantu satu sama lain

RAFIZI RAMLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Walaupun tewas dalam merebut jawatan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), namun Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail disaran terus memainkan peranan untuk membantu parti menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Pengerusi PKR negeri, Azan Ismail berkata, tanggungjawab menguruskan parti bukan hanya dipikul calon yang menang, sebaliknya perlu melibatkan kelompok yang kalah.

Beliau bagaimanapun yakin, Timbalan Presiden baharu, Rafizi Ramli di samping Saifuddin bijak untuk menangani perkara berkenaan sekali gus berganding bahu bersama-sama.

“Ini bukan masanya untuk kita mempertikaikan antara satu sama lain. Lebih mustahak kini ialah kembali kepada ikrar yang pemilihan ini merupakan pertandingan adik-beradik.

“Rafizi kini memikul tanggungjawab besar manakala pihak yang kalah juga perlu turut serta dan bersama-sama untuk merangka strategi PRU15,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Kemenangan Rafizi sebagai Timbalan Presiden PKR baharu disahkan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) PKR, Dr. Zaliha Mustafa hari ini.

Rafizi pertama kali memenangi jawatan itu setelah tewas kepada Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dalam pemilihan parti pada 2018.

Berdasarkan keputusan tidak rasmi, Rafizi meraih 68,992 undi berbanding Saifuddin yang meraih 50,038 undi, dengan Undi Ragu akan disahkan oleh JPP untuk ditambah kepada undi keseluruhan calon.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya