Polis tangkap dua pelatih lari dari Puspen

Polis tangkap dua pelatih lari dari pusat pemulihan

DUA pelatih Puspen Bukit Chabang yang melarikan diri sejak kelmarin berjaya ditahan polis di hadapan kilang gula di Chuping, Perlis, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADANG BESAR: Dua pelatih Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (Puspen) Bukit Chabang yang melarikan diri sejak kelmarin ditangkap polis di hadapan Kilang Gula Perlis Sdn. Bhd., Chuping di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Padang Besar, Pemangku Asisten Komisioner (ACP) Mohd. Shokri Abdullah berkata, mereka yang ditahan kira-kira pukul 1 tengah hari itu dibawa ke lokap Balai Polis Padang Besar.

Katanya, kedua-dua pelatih tersebut berusia antara 44 dan 51 tahun.

“Ketika ditangkap, mereka masih memakai seluar yang sama ketika melarikan diri tetapi telah memakai baju yang berbeza,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Semalam, Mohd. Shokri memaklumkan pihaknya sedang mengesan dua orang pelatih Puspen Bukit Chabang yang melarikan diri pada Sabtu.

Menurutnya, kali terakhir mereka dilihat memakai baju berwarna kuning manakala seorang lagi berwarna putih dengan masing-masing memakai seluar ’track’ gelap.

Kedua-dua pelatih tersebut dipindahkan dari Puspen Batu Kerau, Perak ke sini pada 4 Januari lalu dan dijangka tamat menjalani pemulihan pada Disember 2023. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya