KUALA LUMPUR: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkongsi sambutan Hari Raya bersama jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei dan keluarga malam tadi.
Perdana Menteri berkata, sambutan bersama itu adalah upacara setiap tahun berkait rapat dengannya sejak memegang jawatan sebagai Menteri Belia dan Sukan, sebelum ini.
“Terima kasih Chong Wei kerana menjulang nama negara di persada antarabangsa.
“Semoga Chong Wei terus membantu meningkatkan kecemerlangan badminton negara,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini. -UTUSAN