PGA patahkan sindiket pasaran diesel tanpa permit

PGA patahkan sindiket pasaran diesel tanpa permit

PERALATAN mengepam minyak yang digunakan dipercayai untuk membekalkan diesel kepada pelanggan tanpa permit sah di Taman Beroleh, Batu Pahat, Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATU PAHAT: Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 5 berjaya merampas 55,200 liter minyak diesel subsidi dalam serbuan di sebuah premis di Taman Beroleh, di sini kelmarin.

Serbuan kira-kira pukul 11.30 malam itu turut menemukan sembilan buah mesin berfungsi sebagai pam minyak dan 11 hos getah lutsinar bagi tujuan membekalkan diesel secara haram.

Pegawai Pemerintahnya, Superintenden Dimin Awang berkata, dalam serbuan berkenaan, pihaknya turut menahan tiga lelaki warga tempatan berusia lingkungan 24 tahun hingga 54 tahun.

“Siasatan awal mendapati sindiket ini dipercayai membekalkan minyak diesel bersubsidi tanpa permit yang sah di sekitar daerah Batu Pahat.

“Nilai rampasan kesemua diesel adalah berjumlah RM118,250. Selain itu, polis turut merampas lori tangki jenis Volvo, dua buah tangki putih bersaiz 1,000 liter dan empat buah tangki besi bersaiz 16,000 liter hingga 20,000 liter,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Dimink, jumlah keseluruhan rampasan berkenaan adalah bernilai RM505,308.

“Tangkapan dan rampasan dibawa ke KPDNHEP Batu Pahat untuk tindakan lanjut bagi siasatan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961. Penahahan itu berjaya memutuskan satu rangkaian sindiket penyeludupan minyak diesel bersubsidi di sekitar daerah Batu Pahat,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya