Perlu agresif angkat penulis, sastera Melayu di peringkat antarabangsa

Perlu agresif angkat penulis, sastera Melayu di peringkat antarabangsa

MOHD. Anwar Ridhwan bercakap mengenai bahasa Melayu dalam Forum Antarabangsa pada Simposium Pengantarabangsaan Bahasa Melayu di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di Kuala Lumpur, hari ini. - FOTO/FAIZ ALIF AHMAD ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Usaha mengangkat penulis dan karya sastera Melayu di peringkat antarabangsa perlu dilakukan dengan agresif jika mahu bahasa Melayu menjadi salah sebuah bahasa rasmi di Asia Tenggara.

Sasterawan negara, Datuk Dr. Mohd. Anwar Ridhwan menyifatkan, usaha itu boleh dilakukan menerusi penerbitan buku penterjemahan secara besar-besaran.

Katanya, walaupun Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) memainkan peranan penterjemahan, ia masih tidak mencukupi.

“Selama ini karya terjemahan hanya diterbitkan di Malaysia, jadi lebih baik jalin kerjasama dengan penerbit luar negara. Ini akan mempercepatkan penyebaran sastera bahasa Melayu di peringkat antarabangsa.

“Padahal, penulis kita sangat bermutu, tidak kalah dengan penulis antarabangsa…cuma kurang terjemah karya. Namun, perlunya kerajaan memberi dana cukup untuk usaha penterjemahan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi panel dalam sidang 7: Bahasa Melayu dalam Forum Antarabangsa bersempena dengan Simposium Pengantarabangsaan Bahasa Melayu.

Selain itu, beliau turut mencadangkan supaya penulis bahasa Melayu dicadangkan untuk bertanding dalam anugerah sastera peringkat antarabangsa.

“Calonkan penulis yang sesuai untuk anugerah sastera antarabangsa dan perlu ada jawatankuasa pemilih membentuk kesepakatan memilih karya sastera supaya setiap tahun, 10 hingga 15 karya diterjemah ke bahasa-bahasa lain di dunia ini.

“Jadi bahasa Melayu dapat diketengah dengan agresif dan inklusif dengan membawa pengarang Melayu di peringkat antarabangsa,” katanya.

Beliau turut mencadangkan kewujudan ejen sastera di luar negara, program antarabangsa serta menghidupkan semula Kuala Lumpur World Poetry Reading.

“Kedutaan Malaysia di luar negara juga perlu mempromosi kegiatan sastera Melayu di luar negara kerana usaha itu sangat kurang ketika ini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN