amang seksual

Pengetua bebas tuduhan amang seksual fizikal 4 pelajar lelaki

Zainuren Mohamed dilepas dan dibebas oleh Mahkamah Sesyen Butterworth, Pulau Pinang hari ini atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap empat pelajar lelaki pada 2018.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH: Seorang pengetua sebuah sekolah menengah di sini dilepas dan dibebas oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap empat pelajar lelaki pada 2018.

Hakim Noor Aini Yusof membuat keputusan itu terhadap Zainuren Mohamed, 58, selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh di akhir kes pendakwaan.

Sejurus mendengar keputusan itu,  Zainuren mengalirkan air mata manakala isterinya kelihatan meraup wajah sebagai tanda kesyukuran.

Dalam penghakimannya, Noor Aini berkata, alasan mahkamah terhadap keputusan tersebut adalah berdasarkan kredibiliti saksi terutama keterangan beberapa saksi termasuk guru.

“Mahkamah juga mendapati banyak kelompangan dalam kes pendakwaan yang mana sekiranya mahkamah memanggil tertuduh untuk membela diri dan tertuduh memilih untuk berdiam diri, adalah tidak selamat untuk mahkamah mensabitkan tertuduh berdasarkan keterangan yang ada.

“Ketiga, adalah kegagalan pihak pendakwaan untuk memanggil saksi utama, Fikri iaitu rakan mangsa,” kata Noor Aini semasa penghakiman.

Beliau berkata, alasan penghakiman penuh akan disediakan sekiranya ada rayuan daripada pihak pendakwaan.

Dalam pada itu, mahkamah turut memerintahkan wang  jaminan dikembalikan kepada penjamin.

Kes itu dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhamad Syeqal Che Murat manakala tertuduh diwakili peguam E. Gnasegaran.

Terdahulu, Zainuren mengaku tidak bersalah selepas dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Butterworth pada Januari 2019 atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal ke atas empat pelajarnya berusia 11 hingga 14 tahun.

Mengkut kertas pertuduhan, beliau didakwa melakukan kesalahan itu di bilik khas pengetua dan asrama di sebuah sekolah antara pukul 4 petang hingga 11.40 malam antara 6 April hingga 10 Oktober 2018.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan.

Seramai sembilan saksi pendakwaan dipanggil sepanjang kes itu dibicarakan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya