Pemilik hotel, inap desa Terengganu usah naik harga mendadak

Pemilik hotel, inap desa Terengganu usah naik harga mendadak

ARIFFIN DERAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Penggiat pelancongan di negeri ini disaran tidak menaikkan harga penginapan atau perkhidmatan secara mendadak susulan kejatuhan nilai ringgit.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Digital negeri, Ariffin Deraman berkata, pendekatan menang-menang perlu diambil pihak industri dalam memastikan sektor itu terus dipacu di sebalik ketidaktentuan mata wang negara.

“Saya mengharapkan sektor pelancongan tidak mengambil peluang menaikkan harga hotel atau inap desa. Kalau mampu, teruskan harga dalam keadaan biasa walaupun ekonomi seluruh dunia terjejas termasuk ringgit jatuh,” katanya kepada pemberita ketika menghadiri Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Jabatan Pelancongan negeri, di sini hari ini.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan, harga penginapan dan perkhidmatan termasuk aktiviti air di pulau-pulau peranginan di Terengganu diramal meningkat sehingga 30 peratus susulan kejatuhan nilai ringgit.

Kenaikan mendadak berkenaan bagi menyerap kos perbelanjaan tinggi termasuk penggunaan bahan api dan barangan lain akibat ketidaktentuan mata wang negara pada masa ini.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, pemilik Crocodile Rock Villas dan Bistro di Pulau Perhentian, Mohd. Sabri Hamdan berkata, langkah berkongsi bebanan dengan pelanggan terpaksa diambil kalangan pengusaha sektor pelancongan demi memastikan kelangsungan perniagaan masing-masing.

Sementara itu, Ariffin berkata, kerajaan negeri menyasarkan kemasukan lebih ramai pelancong Itali dan China dengan situasi semasa kejatuhan nilai ringgit.

Katanya, berdasarkan rekod pada 2019, seramai 23,238 pelancong Itali berkunjung ke tiga pulau peranginan utama di negeri ini iaitu Pulau Redang, Perhentian dan Kapas.

“Terengganu mempunyai tarikan alam semula jadi dan keunikan dalam menarik kunjungan pelancong dari Eropah terutama pasaran Itali menerusi sektor pelancongan pulau dan pantai,” katanya. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.