Pemandu lori aiskrim hilang RM6,000 beg dilarikan pencuri

Pemandu lori aiskrim hilang RM6,000 beg dilarikan pencuri

TANGKAP layar rakaman CCTV yang memaparkan seorang lelaki melarikan beg dari dalam sebuah lori aiskrim di sebuah stesen minyak di Kuala Abang di Dungun, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUNGUN: Seorang pemandu lori aiskrim kehilangan hampir RM6,000 termasuk wang milik syarikat selepas beg miliknya dilarikan pencuri di sebuah stesen minyak di Kuala Abang di sini, semalam. 

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.34 petang itu, mangsa dikatakan meninggalkan beg berkenaan di dalam lori tanpa mengunci kenderaan tersebut.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Baharudin Abdullah berkata, sebelum kejadian mangsa berurusan dengan pihak stesen minyak dan hanya menyedari barangannya hilang sejurus kembali ke dalam lori.

Katanya, mangsa kemudian melihat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di stesen minyak itu dan mendapati seorang individu yang menaiki Perodua Viva berwarna perak melarikan beg miliknya.

“Polis kini giat memburu suspek dan orang ramai yang mempunyai maklumat atau melihat kejadian itu diminta tampil membantu siasatan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana curi dalam kenderaan,” katanya ketika dihubungi hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya