Pekerja asing: PAPSMA gesa kerajaan, pemain industri bersemuka

Pekerja asing: PAPSMA gesa kerajaan, pemain industri bersemuka

SUKUMARAN NAIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pertubuhan Kebangsaan Agensi Perkhidmatan Swasta Malaysia (PAPSMA) menggesa kerajaan bertemu pemain industri untuk mencari penyelesaian melicinkan proses pengambilan pekerja asing tanpa mengabaikan dasar dan peraturan ditetapkan kerajaan.

Setiausaha Agungnya, Dr. Sukumaran Nair mengakui terkejut apabila proses pengambilan memakan masa lama sedangkan banyak sektor mengalami kekurangan pekerja yang agak ketara sejak pandemik melanda.

Setiausaha Agungnya, Dr. Sukumaran Nair berkata, proses pengambilan kini berjalan dengan sangat lambat, namun lega apabila kerajaan menghentikan sementara sistem digital pengambilan pekerja asing selepas beberapa kali membangkitkan isu sama sebelum ini kerana berpendapat sistem itu tidak seharusnya mengambil alih tugas kerajaan.

“Malaysia kini mengalami kerugian jutaan ringgit akibat kelewatan dalam proses kelulusan dan pengambilan tenaga kerja luar ke dalam sektor yang amat memerlukan.

“Memorandum kerajaan dengan negara lain nampaknya tertangguh terutamanya dalam pengambilannya walaupun kerajaan telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) sejak tahun lepas,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Dalam pada itu, Sukumaran menyarankan pengambilan yang adil, beretika dan tanpa sebarang monopoli dalam proses pengambilan pekerja asing.

“PAPSMA menolak sebarang kegiatan berbentuk sindiket dan monopoli yang ditetapkan mana-mana negara dalam pengambilan dan penempatan pekerja asing ke Malaysia.

“Sindiket pengambilan seperti itu telah menimbulkan pemerdagangan manusia dan buruh paksa pada masa lalu termasuk Malaysia pada era 2015 hingga 2017,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.