Paras air di tiga empangan Pulau Pinang stabil

Paras air di tiga empangan Pulau Pinang stabil

PARAS tiga empangan utama di Pulau Pinang termasuk Empangan Air Itam di George Town (dalam gambar) kekal stabil manakala bekalan air pula dijangka mencukupi sekurang-kurangnya sehingga September ini.-GAMBAR/PBAPP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN : Paras air di ketiga-tiga empangan utama di negeri ini kekal stabil manakala bekalan air pula dijangka mencukupi sekurang-kurangnya sehingga September walaupun musim Monsun Barat Daya sedang melanda.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP), Datuk Ir. K. Pathmanathan berkata, keadaan cuaca panas dan kering ketika ini tidak memberi kesan besar terhadap paras air di empangan.

“Paras air di ketiga-tiga empangan utama di negeri ini masih berada pada tahap yang stabil iaitu melebihi 50 peratus.

“Buat masa ini, kami (PBAPP) masih meneruskan pengambilan air dari Sungai Muda. Keadaan stabil dan operasi kami juga berjalan lancar,” katanya kepada pemberita hari ini.

Mengulas lanjut, Pathmanathan berkata, pengguna air di Pulau Pinang mungkin berdepan isu penurunan tekanan air pada waktu penggunaan puncak.

“Selain itu, tiada isu besar lain yang berlaku setakat ini. Kami akan terus memantau keadaan dengan rapi,” katanya yang menasihatkan orang ramai agar terus menggunakan air secara berhemah.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN