Padah buang sampah merata-rata

Padah buang sampah merata-rata

buang sampah
MAJLIS Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) mengesan seorang lelaki membuang tilam lusuh di tempat awam, baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

TINDAKAN orang ramai memilih jalan singkat dengan membuang sampah di tempat awam akhirnya memakan diri apabila Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) mengeluarkan kompaun kepada pesalah pembuangan sampah haram, baru-baru ini.

Langkah tidak bermoral orang awam itu bukan sahaja menyebabkan penduduk ‘sakit mata’ melihat keadaan sampah sarap tersebut malah boleh membawa pelbagai penyakit.

Intipan dilakukan oleh kakitangan MBPJ di Jalan PJS 10/4 di Petaling Jaya dan satu tangkapan pembuangan sampah haram dilakukan terhadap seorang lelaki yang tanpa rasa bersalah membuang tilam di tempat awam tanpa kebenaran MBPJ.

Kompaun sebanyak RM1,000 dikeluarkan di bawah UUK 4 UKPPS (MBPJ) 2007 dan diserahkan kepada individu tersebut.

Amaran serta nasihat juga diberikan supaya tidak membuang sampah di mana-mana tempat awam.

Orang ramai diminta memuat turun aplikasi iClean Selangor yang sedia membantu anda untuk menempah perkhidmatan kutipan sampah sama ada sampah domestik ataupun pukal seperti perabot, tilam dan sisa pepejal besar yang tidak sesuai ditempatkan di tong sampah. – UTUSAN

MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA (MBPJ)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya