Melayu berpecah selagi parti 'nyamuk' tidak dibubarkan

Melayu berpecah selagi parti ‘nyamuk’ tidak dibubarkan

ABDUL HAMID MOHAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Orang Melayu terus berpecah-belah bukan sahaja selagi UMNO dan Pas tidak bergabung, malah masih ada parti ‘nyamuk’ Melayu dan tidak dibubarkan.

Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad menegaskan, malah perkembangan itu menyaksikan kuasa politik Melayu terus lemah dan terpaksa mengharapkan sokongan parti bukan Melayu.

“Setiap kali pilihan raya kecil apatah lagi pilihan raya umum diadakan, akan kedengaranlah tuntutan supaya sekolah-sekolah jenis kebangsaan (Cina) dibina. Tuntutan diberi, mereka undi DAP,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan bertajuk ‘Bahasa Melayu dan Pengukuhan Melalui Undang-Undang’ secara maya dalam Simposium Pengantarabangsaan Bahasa Melayu di Balai Budaya Tun Syed Nasir, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di sini, hari ini.

Menurut Abdul Hamid, kedudukan bahasa Melayu berhubung rapat dengan politik Melayu kerana kedua-dua mempunyai kaitan sama.

“Lemah kedudukan politik Melayu, maka lemahlah kedudukan bahasa Melayu.

“Lemahnya kedudukan politik Melayu semasa pemerintahan Pakatan Harapan telah melihatkan betapa lemahnya kedudukan bahasa Melayu hinggakan apabila seorang Menteri menggunakan bahasa Mandarin untuk urusan rasmi,” katanya.

Sementara itu, Abdul Hamid berharap simposium itu tidak seperti Hari Jawi pada berlangsung setiap minggu yang berkubur selepas dilancarkan.

Namun beliau berharap acara itu bukanlah sekadar untuk mendapat undi orang Melayu dalam pilihan raya umum tidak lama lagi.

“Sekurang-kurangnya simposium ini memberi peluang kepada kita untuk menyampaikan kepada beliau atau sesiapa juga yang menjadi Perdana Menteri selepas PRU-15 bahawa pandangan kita bahawa untuk memperkukuh penggunaan bahasa Melayu, malah kemahuan politik perlu ada.

“Maka, Perdana Menteri perlulah memikirkan bagaimana hendak memperkuatkan kedudukan politik Melayu terlebih dahulu,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya