Mekanik didakwa bunuh isteri malam Aidilfitri

Mekanik didakwa bunuh isteri malam Aidilfitri

MOHD. Syawalludin Ismail dibawa ke Mahkamah Majistret, Kompleks Mahkamah Kajang atas tuduhan membunuh isterinya di sebuah rumah pada malam Aidilfitri, minggu lalu. - FOTO/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAJANG: Seorang mekanik didakwa di Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan membunuh isterinya di sebuah rumah pada malam Aidilfitri, minggu lalu.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh, Mohd. Syawalludin Ismail, 38, selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Syahrul Sazly Md. Sain.

Pengakuan tidak direkodkan berikutan kes bunuh memperuntukkan hukuman gantung sampai mati yang mana ia di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan, bapa empat orang anak itu didakwa membunuh Siti Nadirah Mohd. Nazul, 28, di sebuah rumah di Taman Koperasi Maju Jaya di sini antara pukul 12 tengah malam dan 3.30 pagi pada 1 Mei lalu.

Berikutan itu pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati.

Dalam prosiding hari ini, pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Nurul Husna Amran manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Tiada ikat jamin diberikan dan mahkamah kemudian menetapkan 14 Jun ini untuk sebutan kes dan laporan kimia.

Jumaat lalu, media melaporkan, seorang lelaki membunuh isterinya dalam kejadian di sebuah rumah flat sekitar Cheras yang didakwa berpunca daripada perasaan tidak puas hati terhadap isterinya yang didakwa curang.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd. Zaid Hassan berkata, wanita itu telah dihantar ke Hospital Kajang dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Mengulas lanjut, mangsa dipercayai dipukul menggunakan kaki dan tangan termasuk senjata tumpul sehingga menyebabkan kematian.

Susulan itu polis, telah menahan suami mangsa yang bekerja sebagai mekanik kereta untuk siasatan lanjut.

“Motif pembunuhan disebabkan lelaki itu marah mangsa telah memuat naik di media sosial mengatakan suspek mempunyai hubungan sulit,” kata Mohd. Zaid. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya