Letak kewajipan Yang di-Pertuan Agong lindungi Bahasa Kebangsaan

Letak kewajipan Yang di-Pertuan Agong lindungi Bahasa Kebangsaan

WAN AHMAD FAUZI WAN HUSAIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pindaan utama terhadap Akta Bahasa Kebangsaan dan Akta Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) perlu memasukkan kewajipan Yang di-Pertuan Agong dan Seri Paduka boleh memberikan arahan sewajarnya untuk memelihara kesucian bahasa tersebut.

Pakar perlembagaan, Prof. Madya Dr. Datuk Wan Ahmad Fauzi Wan Husain berkata, perkara itu termasuklah melindungi kedudukan Bahasa Kebangsaan tersebut selari dengan jaminan istimewa diberikan oleh Perkara 159(5) iaitu tiada pindaan boleh dibuat ke atasnya tanpa mendapat kebenaran Majlis Raja-Raja.

Katanya, kewajipan tersebut termasuklah untuk membuat arahan umum bagi maksud untuk memelihara amalan bahasa itu.

“Pindaan ke atas Akta Dewan Bahasa dan Pustaka perlu dilaksanakan untuk meletakkan kedudukannya sebagai pihak berkuasa bahasa utama selepas Yang di-Pertuan Agong.

“Pindaan lain termasuklah menjadikan DBP sebagai pihak berkuasa utama bahasa selepas Yang di-Pertuan Agong, peruntukan kesalahan dan syarat kelulusan pemaparan iklan, papan tanda dan penamaan yang memerlukan perakuan agensi tersebut,” katanya dalam kertas kerja bertajuk ‘Bahasa Melayu dan Pengukuhan Melalui Undang-Undang’ dalam Simposium Pengantarabangsaan Bahasa Melayu di Balai Budaya Tun Syed Nasir, DBP semalam.

Selain itu, Wan Ahmad menggariskan beberapa cadangan kepada kerajaan sebagai menjadi kedua-dua akta itu mempunyai peranan menyeluruh dan antaranya memperuntukkan bidang kuasa kepada DBP membuat perakuan, pengiktirafan dan pentauliahan dalam hal ehwal bahasa,

Katanya lagi, kerajaan dicadangkan satu peruntukkan kuasa untuk memberikan lesen kepada individu dan agensi termasuklah swasta untuk melaksanakan aktiviti DBP yang tertentu.

“Selain itu, mmperuntukkan kuasa penguatkuasaan kepada DBP melalui kewujudan kesalahan terhadap pelanggaran polisi bahasa dan fungsi DBP beserta hukuman sewajarnya dan menaiktaraf DBP daripada aspek diperlukan untuk menjadikannya pihak berkuasa bahasa berwibawa dan efektif.

“Malah pihak-pihak terlibat perlu memanfaatkan rangkaian antarabangsa melalui kerjasama yang lebih erat termasuklah peminjaman kepakaran,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya