Lelaki tular pukul warga emas atas jalan ditahan polis - Utusan Malaysia

Lelaki tular pukul warga emas atas jalan ditahan polis

TANGKAP layar video kejadian memaparkan insiden seorang warga emas dipukul berdekatan jejantas Padang Jawa di Shah Alam, Selangor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Seorang penunggang motosikal yang tular memukul lelaki warga emas di jalan berdekatan jejantas Padang Jawa, di sini, hari ini ditahan polis bagi membantu siasatan.

Lelaki berusia 23 tahun itu ditahan selepas mangsa berusia 61 tahun tampil membuat laporan, kira-kira pukul 2 petang ini.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, siasatan awal mendapati mangsa yang juga pesara swasta memandu bersama isteri dan cucunya menuju ke Putrajaya pukul 12 tengah hari.

Katanya, ketika membelok ke kanan menghala ke Alam Avenue, suspek yang menunggang Yamaha Y15 dipercayai menjerit dan memarahi mangsa.

“Mangsa kemudian berhenti untuk memeriksa sekiranya ada perlanggaran, namun suspek terus menendang dada kirinya.

“Suspek kemudian duduk atas badan mangsa dan menumbuk muka dan kepala bertubi-tubi hingga menyebabkan bengkak bawah mata serta kepala selain sakit di rusuk,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Tambah Mohd. Iqbal, kes disiasat mengikut Seksyen 323 dan 506 Kanun Keseksaan.

“Penunggang motosikal itu direman esok bagi membantu siasatan. Individu yang mempunyai maklumat berkaitan kes itu diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Nur Syuhada Aziz di talian 018-9124770,” katanya.

Terdahulu, tular sebuah video berdurasi 21 saat memaparkan tindakan seorang lelaki memukul warga emas itu sehingga terjatuh atas jalan.

Beberapa orang awam yang melihat insiden tersebut kemudian menghampiri dan cuba menghentikan perbuatan itu yang menerima kecaman netizen. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.