Lelaki ditahan tidak sampai 24 jam selepas meragut - Utusan Malaysia

Lelaki ditahan tidak sampai 24 jam selepas meragut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tindakan seorang lelaki meragut rantai emas seorang wanita di Jalan Kuchai Maju 10, dekat sini, semalam mengundang padah apabila dia ditahan polis tidak sampai 24 jam selepas kejadian itu.

Penahanan suspek berusia 33 tahun itu dilakukan kira-kira pukul 10.15 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, satu laporan polis diterima daripada mangsa berusia 31 tahun kira-kira pukul 4 petang.

Kata beliau, mangsa memaklumkan dia didatangi seorang lelaki dari arah belakang yang terus meragut rantai emas dipakainya.

“Ketika kejadian, suspek menaiki sebuah motosikal Yamaha NVX berwarna hitam dengan nombor pendaftaran tidak dapat dipastikan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Amihizam berkata, dalam serbuan itu, polis turut merampas barang-barang seperti pakaian, beg, telefon bimbit serta sebuah motosikal jenis Yamaha NVX yang dipercayai digunakan suspek ketika kejadian.

“Siasatan awal dilakukan mendapati suspek mengaku meragut rantai emas milik pengadu dan menjualnya di sebuah ke kedai pajak gadai di Bandar Sri Permaisuri Cheras dengan nilai pajakan RM600.

“Semakan dilakukan mendapati suspek terbabit mempunyai satu rekod jenayah,” jelasnya.

Tambah beliau, suspek direman empat hari sehingga hingga 25 Mei ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes ini atau maklumat berkaitan kes jenayah di daerah ini boleh menghubungi Hotline Polis Brickfields di talian 03-22979222, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya