Kurangkan kebergantungan pekerja asing, mekanisme baharu diperkenal

Kurangkan kebergantungan pekerja asing, mekanisme baharu bakal diperkenal – PM

ISMAIL SABRI YAAKOB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan bakal memperkenalkan mekanisme baharu bagi mengurangkan kebergantungan terhadap pekerja asing, dengan memberi keutamaan terhadap pekerja tempatan di negara ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pembukaan semula sempadan sememangnya memberi ruang kepada pengambilan semula tenaga kerja asing dalam sektor-sektor tertentu yang diperlukan oleh majikan terutamanya dalam sektor 3D (dirty, dangerous and difficult).

Namun, katanya, tindakan tersebut tidak bermakna kerajaan berhasrat untuk membelakangkan pekerja tempatan.

“Satu mekanisme komprehensif akan dirangka untuk mengurangkan kebergantungan terhadap pekerja asing supaya warga tempatan diberi keutamaan terlebih dahulu.

“Kementerian Sumber Manusia telah diminta supaya meneliti dan mengkaji aspek ini agar pekerja tempatan mendapat manfaat dengan menambah baik kadar gaji, pakej pekerjaan dan kemajuan kerjaya,” katanya dalam ucapannya sempena Hari Pekerja 2022. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN