Kilang tilam terbakar: Penduduk dengar banyak bunyi letupan - Utusan Malaysia

Kilang tilam terbakar: Penduduk dengar banyak bunyi letupan

ANNGOTA bomba berusaha memadamkan kebarakan sebuah kilang tilam di Jalan Jelebu, Seremban malam ini.-UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Beberapa penduduk di Kampung Batu 4, Jalan Jelebu dekat sini, sempat melarikan diri susulan sebuah kilang tilam terbakar yang terletak berdekatan rumah mereka petang ini.

Penduduk, Rusilawati Mohd. Deli, 52, berkata, ketika kejadian, dia berada di Mantin dan dimaklumkan  suaminya berhubung kebakaran kilang yang terletak di sebelah rumah mereka.

“Apabila sampai di rumah saya dapati asap tinggi dan bau sangat kuat. Terdengaran juga letupan. Bimbang berlaku perkara lebih buruk saya dan suami minta anak dan ahli keluarga lain keluar dan menyelamatkan diri,” katanya ketika ditemui malam ini.

Sementara itu, seorang lagi penduduk, Maslina Ahmad, 43, berkata, sewaktu kejadian dia sedang membuang sampah dan kelihatan asap hitam di atas rumahnya kira-kira pukul 6.30 petang.

“Kemudian saya mendapati ada kilang bersebelahan rumah yang terbakar. Saya berlari mendapatkan ahli keluarga dan mengambil barang penting. Saya juga mendengar bunyi meletup berkali-kali,” katanya.

Difahamkan, sebanyak 17 buah keluarga tinggal berdekatan dengan kilang berkenaan.

Sehingga pukul 8.30 malam ini, api masih marak dan pasukan bomba masih berusaha memadamkan kebakaran. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN