Kesatuan Ulama Islam Sedunia selar AS dwistandard isu Palestin - Utusan Malaysia

Kesatuan Ulama Islam Sedunia selar AS dwistandard isu Palestin

SYEIKH Ali Al-Qaradaghi berucap pada Program Sidang Kemuncak Ulama 2022 di Movenpick Hotel & Convention KLIA, Sepang, Selangor. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Tindakan Amerika Syarikat (AS) yang begitu bersungguh-sungguh memperjuangkan isu Ukraine diselar keras oleh Kesatuan Ulama Islam Sedunia (IUMS) sebagai amat dwistandard.

Malah Setiausaha Agungnya, Sheikh Dr. Ali Al-Quradaghi menyifatkan, sikap berat sebelah kuasa dunia itu menggambarkan kejayaan kuat para pelobi Israel dalam sistem politik AS.

“Ini sebenarnya merupakan salah satu bentuk amalan dwistandard secara terbuka oleh AS yang memang selama ini jelas suka berat sebelah jika melibatkan isu umat Islam,” tegasnya ketika pemberita selepas hadir pada perasmian Sidang Kemuncak Ulama Islam 2022 anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) di Hotel Movenpick di sini.

Semalam, dunia gempar dengan tindakan AS membuka semula kedutaan negara itu di ibu kota Ukraine, Kyiv di sebalik operasi ketenteraan dilancarkan Russia sejak 24 Februari lalu.

Kuasa dunia itu tanpa rahsia menyalurkan dana AS$40 bilion (RM176 bilion) kepada Ukraine yang dianggap seperti proksi Barat bagi mengekang kemaraan pengaruh geopolitik Russia.

Ali yang diketahui sebagai pro-Russia menegaskan, tindakan AS adalah hasil permainan licik rejim Israel yang bijak mengatur ‘biduk percaturan’ di seluruh dunia.

“Padahal isu Palestin jauh lebih penting kerana penduduknya lebih 70 tahun dizalimi Israel tetapi mana suara AS yang konon pejuang hak asasi manusia,” kata beliau dalam nada sinis.

Sehubungan itu, Ali tanpa berselindung menganggap perangai jelik dasar luar AS dan Israel sebagai tidak boleh dipisahkan serta saling lengkap-melengkapi antara satu sama yang lain.

SHEIKH Hatem Helmi al-Bakri berucap pada Program Sidang Kemuncak Ulama 2022 di Movenpick Hotel & Convention KLIA, Sepang, Selangor. – UTUSAN/FAISOL MUSTAFA

Dalam pada itu, umat Islam diajak kembali menghayati semangat perjuangan panglima Islam yang tersohor, Salahuddin al-Ayyubi dalam membebaskan kota Baitulmuqaddis pada abad ke-12.

Seruan itu disuarakan Menteri Hal Ehwal Agama dan Wakaf Palestin, Sheikh Hatem Helmi al-Bakri sebagai bentuk motivasi dan juga tidak mudah patah semangat dalam isu al-Aqsa. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya