PUTRAJAYA: Malaysia semalam merekodkan peningkatan kes positif Covid-19 dengan mencatatkan sebanyak 2,151 kes berbanding kelmarin, 1,367 kes tetapi terus diatasi 2,869 kes sembuh.
Berdasarkan laman web, https://covidnow.moh.gov.my, hari ini, Selangor mencatatkan kes positif harian tertinggi iaitu 1,157 kes diikuti Kuala Lumpur (261), Pulau Pinang (156), Negeri Sembilan (105), Perak (91), Johor (81), Kedah (63) dan Melaka (63).
Diikuti Pahang (35), Sarawak (34), Terengganu (34), Sabah (29), Kelantan (25), Putrajaya (7) manakala Perlis dan Labuan, masing-masing enam kes.
Pesakit Covid-19 yang masih di wad meningkat kepada 468 orang berbanding kelmarin, seramai 447 orang.
Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) semalam merekodkan peningkatan kepada 88 orang berbanding jumlah kelmarin, 86 orang.
Jumlah pesakit Covid-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan turut merekodkan peningkatan kepada 59 kes berbanding jumlah kelmarin, 46 kes
Bagi kluster Covid-19 pula, tiada kluster baharu direkodkan manakala sebanyak 70 kluster yang masih aktif sekali gus menjadikan 7,010 keseluruhan kluster.
Dalam perkembangan berkaitan kematian Covid-19, empat kes dilaporkan menjadikan dan jumlah kematian terkini sebanyak 35,583 kes.
Selain itu, tiga kes kematian yang dibawa ke hospital (BID) yang menjadikan jumlah terkumpul sebanyak 7,533 kes. -UTUSAN










