KASA teliti perubahan morfologi sungai kawasan pedalaman

KASA teliti perubahan morfologi sungai kawasan pedalaman

ZAINI Ujang (tiga dari kanan) melihat keadaan Lembangan Sungai Jelai di Kampung Kabung, Johol, Kuala Pilah dalam lawatannya ke kawasan terjejas banjir di kampung berkenaan hari ini.-UTUSAN/NOR AINNA HAMZAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA PILAH: Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) sedang meneliti perubahan morfologi (bentuk dan struktur) sungai melalui Kajian Tebatan Banjir khususnya di kawasan pedalaman bagi mengelak berlakunya kejadian banjir kilat.

Ketua Setiausahanya, Datuk Seri Ir. Dr. Zaini Ujang berkata, kejadian banjir kilat di kawasan pedalaman seperti Sungai Benus di Janda Baik, Pahang; Sungai Jerai di Yan, Kedah dan terbaharu Sungai Jelai di Inas, Negeri Sembilan adalah berhubung kait dengan perubahan morfologi sungai.

Katanya, kementerian mengenal pasti punca berlakunya banjir kilat itu dan mendapati berlakunya guna tanah yang berubah iaitu dari kawasan hutan ke kawasan pertanian.

Beliau berkata, ia termasuk untuk tanaman Musang King selain berlakunya hujan lebat berterusan.

“Seperti di sini pada 16 Mei lalu, taburan hujan sebanyak 66 milimeter (mm) direkodkan dalam tempoh empat jam.  Kelebatan ini di sesetengah tempat sangat sedikit jika dibandingkan di pedalaman Kelantan, namun kawasan ini mencatatkan sejarah apabila berlakunya banjir kilat.

“Sungai yang di hulunya ada dibangunkan untuk tujuan perumahan dan pertanian ini adalah sungai-sungai yang mengalami perubahan dari segi morfologinya. Ekosistemnya berubah, jadi sungai inilah yang biasanya berlaku banjir kilat sekarang ini,” katanya selepas melawat ke kawasan terjejas banjir di Inas iaitu di Masjid Kariah Kabong, di sini, hari ini.

 Yang hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johol, Saiful Yazan Sulaiman dan Pegawai Daerah Kuala Pilah, Mohd. Faizal Abdul Manap.

Ujar Zaini lagi, selain perubahan morfologi sungai, pihaknya juga meneliti kesesuaian infrastruktur jambatan di sungai-sungai yang dikenal pasti.

“Infrastruktur macam jambatan yang mana ada tiang di bawah sudah tidak lagi sesuai kerana menyebabkan aliran air tidak lancar ketika hujan lebat akibat laluannya tersekat.

“Kajian ini mengambil masa, sebagaimana Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri sebutkan untuk adaptasi perubahan iklim, Kabinet bersetuju memperuntukkan sebanyak RM393 bilion dalam tempoh 50 tahun,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya