Kalau dah rosak hati itu, doa supaya Allah ganti baharu- Rafidah Ibrahim - Utusan Malaysia

Kalau dah rosak hati itu, doa supaya Allah ganti baharu- Rafidah Ibrahim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon dan penyanyi, Rafidah Ibrahim, mengakui dirinya tidak gemar berkongsi kisah peribadi kepada umum terutama di media sosial.

Menurut Rafidah, perkongsian sedemikian di media sosial mungkin mengundang hasad dengki yang boleh memberikan kesan buruk kepada diri.

“Penyakit hati, itulah antara topik ceramah awal saya dengar bersama suami oleh Ustaz Kazim. Kenapa saya kena berkongsi perkara ini sebab dalam kehidupan kita, jangan asyik melihat pada kehidupan orang lain.

“Sehingga terlupa nikmat yang Allah dah beri pada kita. Nama pun dunia, apa yang sempurna?” katanya di Instagram.

Mengulas lanjut, penyanyi lagu Apo Kono Eh Jang itu berharap agar orang ramai mula melakukan perubahan positif dengan mendidik sifat ikhlas dan bersyukur dalam diri masing-masing.

“Mulai hari ini didik hati dan diri kita untuk sentiasa ikhlas dan bersyukur. Kalau rasa sakit sangat hati itu, doa supaya Allah baiki hati kita.

“Dan kalau dah rosak hati itu, doa mohon supaya Allah gantikan dengan hati yang baharu. Semoga Allah rahmati kita semua di dunia dan di akhirat,” ujarnya panjang.

Sekadar informasi, Rafidah Ibrahim dan Shahzemir Shahzulkarib selamat diijabkabul pada tanggal 6 Mei 2021 di Masjid Jamek Kampung Baru.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya