Kadar tambang ECRL berpatutan, mesra rakyat - Utusan Malaysia

Kadar tambang ECRL berpatutan, mesra rakyat

ECRL bukan setakat memperlihatkan kemajuan sistem pengangkutan awam yang setanding negara maju tetaoi juga bertujuan mengurangkan kesesakan lalu lintas terutama semasa musim perayaan. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kadar tambang bagi Projek Landasan Rel Pantai Timur (ECRL) yang akan ditentukan kelak adalah setara dengan dengan kadar tambang perkhidmatan kereta api sedia, berpatutan dan mesra rakyat.

Itu jaminan diberikan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong berhubung kadar tambang ECRL yang sebelum ini menjadi pendebatan segelintir pihak.

Ka Siong berkata, kadar tambang itu kelak akan diselia oleh Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD), agensi di bawah Kementerian Pengangkutan.

“Jaminan itu dibuat berdasarkan fakta dan realiti projek berkenaan,” katanya menerusi rakaman video di Facebook, hari ini.

Pihaknya turut menjangkakan ECRL mampu menjana trafik penumpang dan kargo yang tinggi memandangkan jajarannya yang melalui kawasan industri berat dan hab pembuatan yang dihubungkan dengan pelabuhan utama negara.

Ka Siong berkata, perkhidmatan penumpang turut menjangkakan permintaan yang tinggi kerana jajarannya yang melalui bandar-bandar utama di Pantai Timur.

Berhubung isu laluan tunggal (single-track) pula, Ka Siong berkata, keputusan itu dibuat pada 2019 ketika zaman pemerintahan Pakatan Harapan (PH) dan ia disifatkan memadai bagi unjuran trafik muatan kargo dan penumpang ECRL.

Berhubung dakwaan kononnya ECRL dikuasai negara asing, Ka Siong berkata, ia sengaja dicetuskan sebagai satu propaganda jahat yang berniat memburukkan imej Malaysia di mata dunia.

“Untuk makluman, MRL adalah sebuah anak syarikat milik penuh Menteri Kewangan (Diperbadankan) MOF (Inc.) dan telah menandatangani satu memorandum persefahaman (MoU) dengan China Communications Construction Company Ltd. (CCCC) bagi menubuhkan syarikat usahasama dengan pemilikan 50:50.

“Melalui MOU ini, 80 peratus daripada keuntungan operasi akan dimiliki MRL dan bakinya dimiliki CCCC dan sebarang kerugian operasi akan ditanggung bersama 50:50,” katanya.

Jelas Ka Siong, aset ECRL adalah 100 peratus milik Malaysia melalui MRL dan tanah-tanah di sepanjang jajaran ECRL juga adalah rizab kereta api yang tidak boleh dipindah milik. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya