fbpx

27 Mei 2022, 8:09 pm

  TERKINI

Jejambat Jalan Langgak Golf-Bulatan Kampung Pandan dibuka esok

SHAHIDAN Kassim merasmikan jejambat sepanjang 2.8 km dari Jalan Langgak Golf ke Bulatan Kampung Pandan, Kuala Lumpur, hari ini. - FOTO/FB SHAHIDAN KASSIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Jejambat baharu sepanjang 2.8 kilometer (km) yang menghubungkan Jalan Langgak Golf dan Bulatan Kampung Pandan, di sini dijangka mula beroperasi esok selepas dua tahun lewat berbanding jadual asal.

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, jejambat tersebut merupakan satu inisiatif bagi mengurangkan kesesakan aliran trafik teruk terutamanya pada waktu puncak.

“Alhamdulillah, akhirnya jejambat sepanjang 2.8 km dari Jalan Langgak Golf ke Bulatan Kampung Pandan, Kuala Lumpur siap dan boleh digunakan pada 15 Mei 2022, tepat pukul 12.01 pagi.

“Terima kasih kepada pengguna-pengguna jalan raya yang banyak bersabar sepanjang tempoh pembinaan projek ini. Diharapkan ia dapat melancarkan kesesakan trafik teruk di Jalan Tun Razak,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini. 

Beliau berkata demikian selepas melancarkannya, hari ini. 

Terdahulu, jejambat berkenaan yang bermula pada 10 Julai 2017 sepatutnya siap pada 8 Julai 2019, namun mengalami kelewatan akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan hanya siap sepenuhnya pada 11 Mei lalu. – UTUSAN

POPULAR

KOSMO! TERKINI