Jadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di universiti

Jadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di universiti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kedudukan dan taraf universiti di peringkat antarabangsa tidak akan terjejas sama sekali jika bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa pengantar.

Bekas Naib Canselor Universiti Malaya (UM), Datuk Prof. Emeritus Dr. Hashim Yaacob berkata, sewaktu beliau menjadi dekan fakulti pergigian pada 1997, fakultinya diiktiraf oleh Majlis Pergigian United Kingdom meskipun jurusan ketika itu menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya.

Katanya, pengiktirafan itu diberikan selepas majlis itu membuat pemeriksaan rapi terhadap kualiti jurusan tersebut.

“Selepas memeriksa kursus kami, Presiden Majlis Pergigian UK, Magaret Seward ketika itu menyatakan bahawa fakulti ini menjalankan kursusnya dalam bahasa Melayu dan standardnya sama dengan mana-mana kursus pergigian di dunia ini.

“Apakah itu bukan pemartabatan dan kemuliaan yang diberikan kepada bahasa Melayu? Maknanya, bahasa Melayu sudah menjadi bahasa ilmu sebab UK mengiktiraf ijazah negara-negara lain juga, jadi bahasa kita sudah sejajar dan setanding dengan bahasa-bahasa lain di dunia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi panel dalam sesi sidang 7: Bahasa Melayu dalam Forum Antarabangsa sempena Simposium Pengantarabangsaan Bahasa Melayu.

Namun kini, Pengerusi Majlis Penasihat Warisan Peradaban Melayu Lembaga Bahasa Melayu, Tan Sri Dr. Abdul Latiff Abu Bakar menyifatkan universiti tempatan ketika ini tidak lagi memartabatkan bahasa Melayu sebaliknya hanya mengejar ranking dunia.

“Universiti hanya nak pakai bahasa Inggeris sebab nak kejar ranking dunia, nak naik pangkat nak buat jurnal, nak terbit buku.

“Bila nak buat semua mesti bahasa Inggeris, habis bahasa Melayu, tiada siapa kisah,” katanya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya