KUALA LUMPUR: Penyanyi, Idayu Yaakob, 41, menegur individu yang bersikap degil dan tidak menerima teguran orang lain.
Kata Idayu, individu terbabit merasakan tindak tanduk mereka betul sedangkan ada kesalahan yang perlu diperbetulkan.
“Ramai yang tidak boleh terima teguran sebab manusia ini kadang-kadang degil dan merasakan semua yang dia buat itu betul dan bagus.
“Ilmu di dada acah 100 peratus padahal baru 2 peratus. Tolonglah,” kongsinya di lama Threads.
penyanyi yang popular menerusi lagu Ganti Diriku itu bagaimanapun tidak mengaitkan teguran itu dengan pihak tertentu sebaliknya memberi teguran secara terbuka.
Perkongsian tersebut menerima reaksi rakan artis termasuk Saiful Apek yang menulis di ruangan komen.
“Jadilah manusia pandai yang pura-pura bodoh, bukan menjadi orang bodoh yang pura-pura pandai.
“Janganlah merasa pandai, sebaliknya pandailah merasa. Biar tak pandai daripada memandai-mandai,” kongsinya.










