Empat ditahan terlibat jual burung dilindungi 

Empat ditahan terlibat jual burung dilindungi 

BURUNG murai batu antara spesies yang dilindungi undang-undang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Lokasi seperti rumah setinggan dan pangsapuri di beberapa kawasan di ibu kota dan Selangor dipercayai dijadikan pusat pengumpulan oleh sindiket memperdagangkan burung dilindungi undang-undang sebelum dijual ke pasaran gelap.

Kegiatan itu terbongkar selepas anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tengah Cheras bersama Jabatan Perhilitan Wilayah Persekutuan melakukan serbuan di lima lokasi berasingan, semalam.

Komander PGA Briged Tengah Cheras, Senior Asisten Komisioner Zulkifli Jonit berkata, serbuan bermula pukul 4.50 petang hingga 10.40 malam itu berjaya menahan empat lelaki termasuk seorang warga Indonesia berusia antara 34 hingga 39 tahun.

Kata beliau, sebanyak 56 ekor burung dilindungi terdiri daripada 49 burung murai batu dan enam burung hijau yang disembunyikan dalam rumah.

“Turut dirampas sebuah motosikal yang disyaki digunakan dalam aktiviti pengedaran dan penjualan burung itu. Jumlah keseluruhan rampasan dianggarkan RM105,700,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Zulkifli berkata, siasatan mendapati sindiket pengedaran dan penjualan haiwan dilindungi itu menjadikan beberapa rumah di kawasan perumahan setinggan serta rumah flat sebagai tempat penyimpanan.

Katanya, siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010.

“Kita percaya penahanan suspek dan serbuan berkenaan berjaya mengganggu gugat rangkaian pengedaran serta penjualan burung yang dilindungi oleh sindiket di Lembah Klang,” katanya.

Beliau turut menyeru masyarakat supaya memberikan kerjasama dengan menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti menyalahi undang-undang kepada pihaknya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya