Empat didakwa seleweng diesel subsidi 

Empat didakwa seleweng diesel subsidi 

EMPAT lelaki yang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Sepang semalam selepas disyaki terlibat dalam aktiviti penyelewengan minyak diesel bersubsidi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Tindakan empat lelaki termasuk dua warga asing terlibat dalam aktiviti penyelewengan minyak diesel bersubsidi memakan diri apabila dihadapkan ke mahkamah semalam.

Kesemua lelaki berusia 25 hingga 40 tahun itu didakwa selepas dicekup Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Selangor di sebuah premis di Jenjarom, Kuala Langat, Selasa lalu.

Pengarah Penguatkuasa KPDNHEP, Azman Adam berkata, hasil serbuan menemukan dua lori dan kegiatan pemunggahan minyak diesel di kawasan kelapa sawit disyaki tersebut.

“Dua lelaki warga Bangladesh dipercayai pekerja atau penjaga premis dan dua lelaki warga tempatan yang memandu lori itu turut ditahan untuk siasatan. 

“Jumlah minyak diesel yang disita adalah sebanyak 8,355 liter selain beberapa peralatan dan dokumen. Nilai rampasan keseluruhan dianggarkan RM198,330,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Jelas beliau, kes itu dibawa ke Mahkamah Sesyen Sepang untuk pertuduhan ke atas empat lelaki tersebut.

“Dua lelaki tempatan tidak mengaku bersalah dan dilepaskan dengan jaminan RM5,000 setiap seorang. Manakala, dua warga asing ditahan kerana tidak dapat mengemukakan dokumen pengenalan diri,” ujarnya.

Katanya lagi, pertuduhan kes mengikut Peraturan 3 (1) Peraturan Kawalan Bekalan 1974 iaitu berurusan dengan barang bersubsidi minyak diesel tanpa lesen. 

Jika sabit kesalahan, ia memperuntukkan hukuman mengikut Seksyen 22 (1) Akta Kawalan Bekalan 1961 iaitu denda tidak lebih RM1 juta bagi orang perseorangan

KPDNHEP tidak akan berkompromi dalam menguatkuasakan undang-undang untuk membanteras sindiket penyelewengan barang kawalan dan subsidi demi kepentingan pengguna. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya