Edar dadah: Mekanik berdepan hukuman gantung

Edar dadah: Mekanik berdepan hukuman gantung

MOHAMAD Saiful Mahat dibawa ke Mahkamah Majistret Tampin bagi berdepan dua pertuduhan mengedar dadah. - UTUSAN/NOR AINNA HAMZAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAMPIN: Seorang mekanik berdepan hukuman gantung sampai mati selepas dituduh memiliki dua jenis dadah seberat lebih sekilogram di Mahkamah Majistret Tampin, di sini, hari ini.

Mohamad Saiful Mahat, 41, berasal dari Felda Jelai, Gemas hanya mengangguk faham selepas dua pertuduhan tersebut dibacakan di hadapan Majistret, Kartini Kasran.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada Mohamad Saiful.

Bagi pertuduhan pertama, pada 17 Mei lalu kira-kira pukul 6 petang, Mohamad Saiful di sebuah bilik hotel di sini didapati mengedar dadah berbahaya jenis heroin dengan anggaran berat 1,005 gram.

Bagi pertuduhan kedua pula, dia didapati mengedar dadah berbahaya jenis syabu dengan anggaran berat 150 gram.

Oleh itu, Mohamad Saiful yang merupakan seorang duda dituduh mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39B(2) akta sama yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 23 Jun ini untuk sebutan semula kes sementara menunggu laporan kimia.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Yap Tsu Sheng manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, tertuduh ditangkap polis selepas menjadikan lokasi berkenaan sebagai transit dalam satu serbuan sempena Op Tapis di daerah ini. – UTUSAN

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.