Dua pelajar dikhuatiri hilang telah balik rumah keluarga di Kedah

Dua pelajar hilang balik rumah keluarga di Kedah

NANDA MAAROF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Dua beradik yang merupakan pelajar lelaki di sebuah sekolah tahfiz di Senawang di sini yang dilaporkan selepas melarikan diri dari sekolah tersebut kini berada di rumah keluarga mereka di Kedah.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, ibu kepada dua beradik berusia 15 dan 16 tahun itu mengesahkan bahawa anaknya sampai di rumah di Kedah pada pukul 11.30 malam tadi.

“Ibu mereka sahkan kedua-dua beradik ini balik ke rumah dan dia telah membuat laporan di Balai Polis Sarang Semut, Kedah.

“Mereka balik menaiki teksi sehingga ke Ipoh, Perak kemudian naik bas sehingga ke Guar Chempedak, Kedah dan sampai di rumah pada pukul 11.30 malam,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sementara itu, difahamkan remaja berusia 16 tahun itu telah belajar di sekolah tersebut sejak dua tahun lalu manakala adiknya baharu sahaja mengikuti pembelajaran di sekolah sama tahun ini.

Semalam media melaporkan dua pelajar lelaki sebuah sekolah di Senawang di sini yang juga adik-beradik dilaporkan melarikan diri dengan memanjat pagar sekolah tersebut dalam kejadian awal pagi semalam.

Kejadian tersebut disedari oleh guru sekolah tersebut pada pukul 6 pagi selepas menyedari dua beradik lelaki berusia 15 dan 16 tahun itu tidak hadir untuk solat subuh.

Pada lebih kurang pukul 8 pagi, hasil semakan dari rakaman kamera litar tertutup (CCTV) sekolah mendapati dua orang pelajar terbabit telah memanjat keluar pagar hadapan sekolah lebih kurang pukul 3.32 pagi. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN