Didakwa iring anak Ahli Parlimen, polis buka kertas siasatan tatatertib dua anggota trafik - Utusan Malaysia

Didakwa iring anak Ahli Parlimen, polis buka kertas siasatan tatatertib dua anggota trafik

TANGKAP layar rakaman video anggota polis trafik mengiringi orang awam yang tular di media sosial sejak semalam dan mendapat kecaman netizen.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Polis Pulau Pinang membuka satu kertas siasatan tatatertib ke atas dua anggota polis susulan video anggota polis trafik mengiringi orang awam yang tular di media sosial sejak semalam.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd. Shuhaily Mohd. Zain berkata, pihak polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana pegawai polis yang melakukan salah laku berkenaan.

”Pada Sabtu (semalam) kira-kira pukul 8.36 malam, telah terkesan satu rakaman video tular berdurasi 20 saat, dimuat naik oleh pemilik akaun ‘anwarazeez’.

”Rakaman video tersebut memaparkan seorang lelaki memandu sebuah kenderaan dan diiringi oleh anggota trafik menggunakan motosikal milik PDRM di Jalan Bukit Gambir. Pihak PDRM Pulau Pinang mengesahkan berkenaan kejadian yang berlaku,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menerusi klip video berkenaan yang dimuat naik menerusi Facebook, kelihatan dua anggota polis trafik mengiringi kenderaan yang didakwa dipandu oleh seorang anak Ahli Parlimen.

Paparan video berkenaan mendapat kecaman netizen yang tidak berpuas hati dengan individu berkenaan yang menggunakan khidmat anggota polis trafik bagi meredah kesesakan di Pulau Pinang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.