'Dengar cerita ramai akan melompat, segerakan RUU Anti Lompat Parti' - Utusan Malaysia

‘Dengar cerita ramai akan melompat, segerakan RUU Anti Lompat Parti’

HASAN Malek (tengah) melihat borang keahlian seumur hidup yang diserahkan kepadanya pada Jamuan Hari Raya Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Negeri Sembilan di Seremban. - UTUSAN/NAZARUDIN SHAHARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Rang Undang-Undang (RUU) Anti Lompat Parti perlu segera dibentangkan di Parlimen dengan kepentingan rakyat diletakkan sebagai keutamaan.

Bekas Ahli Parlimen Kuala Pilah, Datuk Seri Hasan Malek berkata, undang-undang itu penting kerana ia mampu membawa kepada pembentukan kerajaan yang stabil.

Beliau yang pernah memegang jawatan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna berkata, kerajaan yang stabil adalah pilihan majoriti rakyat pada masa ini selepas pelbagai peristiwa politik berlaku sejak Mei 2018.

“Rakyat mahu kerajaan stabil dengan pihak yang mempunyai majoriti menguasai kerajaan tanpa ada tindakan lompat melompat. Orang ramai akan tertarik dengan RUU ini yang nyata menjurus kepada pengukuhan kerajaan,” katanya ketika ditemui selepas Jamuan Hari Raya Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Negeri Sembilan di sini semalam.

Baru-baru ini, Ahli Parlimen Ampang, Datuk Zuraida Kamaruddin mengumumkan keluar daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM).

Hasan yang juga Pengerusi Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Negeri Sembilan menambah, rakyat tidak mahu melihat lagi isu lompat melompat parti seperti tiada kesudahannya.

“Kalau tidak ada akta ini, perbuatan lompat melompat akan terus berlaku. Dengar cerita ramai lagi yang dikatakan akan melompat. Jadi akta ini penting dan mesti diberi keutamaan. Isu berbangkit boleh diselesaikan kemudian,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya