Bukit Aman masih belum panggil Lim Kit Siang

Bukit Aman masih belum panggil Lim Kit Siang

LIM KIT SIANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kertas siasatan mengenai hantaran yang dimuat naik Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang yang didakwa mengandungi kenyataan boleh menggugat ketenteraman awam sedang dilengkapkan. 

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd. Jalil Hassan berkata, polis sedang melengkapkan siasatan dan selepas itu pihaknya akan memanggil Kit Siang.

Katanya, sebaik kertas siasatan dilengkapkan beliau akan memanggil Kit Siang.

“Buat masa ini beliau (Kit Siang) masih belum dipanggil bagi dirakam percakapan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Media sebelum ini melaporkan siasatan dijalankan JSJ Bukit Aman terhadap ciapan dimuat naik Kit Siang yang didakwa mengandungi kenyataan boleh menggugat ketenteraman awam.

Imej tangkap layar ciapan terbabit turut tular melalui aplikasi WhatsApp sejak ia dimuat naik.

Kit Siang dipercayai mengeluarkan kenyataan ‘Will The Houses Of The Prime Minister and Ministers of Malaysia Be Set On Fire by Angry Protestors As Happened in Sri Lanka Last Week’ (Adakah Rumah Perdana Menteri dan Menteri-Menteri Malaysia Dibakar oleh Penunjuk Perasaan Seperti Berlaku di Sri Lanka, Minggu Lepas). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.